Latihan Menghantar Dokumen Menggunakan Gmail

26 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 25 Oktober 2020, Pusat Internet Komuniti Jerlun telah mengadakan latihan tentang cara penggunaan akaun Gmail kepada 2 org pelajar Sekolah Menengah.

Antara pengisian semasa kelas ialah petugas Pusat Internet menerangkan fungsi emel kepada pelajar serta setiap term yang digunakan dalam emel untuk dipraktikkan. Pelajar juga diberi tugasan untuk menghantar fail dokumen berbentuk Word kepada rakan dengan penggunaan butang Compose.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet Komuniti iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali